Thursday, April 12, 2012

Bicara Hati Ep 3

Zahlia dah jumpa dengan mama, dan papa pun setuju dengan perkahwinan diorang. Sementara tu Zahlia tak mau Fatimah bagitau tentang siapa yang menderma untuk pembedahan Razif.

Linda singgah ke butik pengantin, saja nak tengok baju pengantin yang bakal disarongkan untuk perkahwinannya dengan Syahran, tapi pembantu butik kata Mamanya dah datang beli baju pengantin, takkan tak tahu, yang Syahran nak kahwin. Linda cover dengan mengatakan Mama saja nak buat kejutan..

 Hanya Fatimah yang pergi menziarahi Razif di hospital. Fatimah cuba sedarkan Razif tentang Zahlia yang menolak lamaran Razif. Tapi Razif tetap berkeras dan tuduh Fatimah cemburu dan ada perasaan pada Razif. (Perasan nya Razif nih)

Perkahwinan diorang Zahlia tak mau besar-besaran kerana ibu angkat Zahlia duduk sendirian dan bapa angkatnya kerja di luarnegara. Papa pulak tanya pasal wali Zahlia pada Syahran. Zahlia balik kampung ibu angkatnya untuk beritahu tentang perkahwinannya. (banyaknya scene makan minum, baru episod 3 - tiap2 episod kat meja makan mesti ada)

Majlis dibuat juga dengan grand sebab mama memang nak buat majlis besar, tapi Zahlia tak setuju.

Linda bengang sebab Syahran nak kahwin dengan Zahlia. Tengah-tengah malam kacau mama Syahran tanya pasal perkahwinan Syahran-Zahlia, siap luahkan rasa hati dia, dan cakap akan datang juga pada wedding tu.  
Dia call Faizal untuk mulakan rancangan jahatnya..(Eh tetiba macam rumah Sufian dalam drama Gemersik Kalbu la pulak)

Akhirnya Zahlia-Syahran pun nikah... jeng jeng jeng...



Linda: Aku rasa aku lagi cantik dari Zahlia

Tetiba Linda rasa mual dan muntah-muntah pulak on the day of Syahrans wedding



Zahlia: Lepas kita nikah, kita pindah apartment (dengan nada sinis)
-kesiannya dekat Syahran time ni...huhuhu
Zahlia, ini baru hari pertama tau, awak ada 2 minggu lagi - Syahran
Tapi awak yang langgar peraturan ni - Zahlia
Awak boleh batalakn perjanjian tu, tapi syaratnya, awak kena pulangkan semua duit saya boleh? - Syahran



Zahlia, sabar la boleh, hari ni hari gembira mama dan papa saya.
Oh, kalau macam tu, kalau setahun mama dan papa awak gembira, setahunlah kita tinggal di sini?
Zahlia, macam ni...
Kalau awak tak mau bagitau, biar kita yang bagitau..

Diorang jumpa papa, tapi papa tak setuju depa pindah.
Mama dah tak sabar nak dapat kan anak lelaki... - mama
Syahran kata, setahun baru nak dapat anak - Zahlia
Eh korang ni macam orang puteh pulak - mama
Eh bukan saya yang bercakap tu - Syahran
Mama, dulu bercinta kejap sangat, bagilah masa mereka bercinta dulu - papa
hehehehehehe... so sweet.....

Cik Linda muntah2 sebab cik linda dah berbadan dua - doktor.

Wednesday, April 11, 2012

Bicara Hati Ep 2

Zahlia bengang bila Syahran suarakan pendapat dia tentang perkahwinan. Syahran minta Zahlia bagi favour kat dia supaya dia pura-pura kahwin seminggu untuk elakkan dari Syahran kena kahwin dengan Linda. Syahran offer dia duit, "Itu lagi giler!" jerit Zahlia sambil panggil waiter dan lari keluar.

Tetiba Linda sampai, nak goda Syahran, ajak dia gi birthday party Tiara malam nanti. Rupa-rupanya Linda perangkap Syahran masuk bilik. Syahran dah lalok, sebab dah terminum air yg dah bancuh ngan pil khayal... Adoooo... x bermoral betul la!.

Sementara tu, kat hospital, doktor minta persetujuan dari ahli keluarga Razif untuk meneruskan pembedahan terhadap Razif.

Linda memang licik, dia pergi kat rumah Syahran dan pujuk-pujuk mama Syahran, pura-pura buat baik dengan mama Syahran. Siap cium-cium laga pipi dan belikan sesuatu untuk mama. Siap ngadu yang Syahran tak layan dia dengan baik.

Sementara tu, Zahlia dan Fatimah risau tentang pembedahan Razif yang memerlukan dana yang banyak, pada masa yang sama Syahran telefon tentang pembayaran gantirugi kereta. Zahlia ajak jumpa untuk berbincang.

Masa ni dia nekad setuju dengan cadangan Syahran untuk bernikah dengan syarat. Syahran bagi 30K pada Zahlia untuk teruskan pembedahan Razif. Syarat dia, tak boleh pegang2, tak boleh buat apa yg suami isteri buat...


Si Linda pulak tukar dressing, pakai jubah itam dan purdah sampai Syahran terkejut kat ofis dia.

Masa dinner kat rumah, mama tanya pasal Linda kat ofis Syah, tapi Syah kata kalao betul dia dah transform, tapi tak mungkin Syah akan jadi suami dia, dia akan dapat lelaki lebih baik dari Syah. Syah dah ada pilihan. Mama terkejut, tapi setuju dengan siapa saja pilihan Syahran. Mama tanya pasal calon menantu, Syah pun bagitau la mengenai latar belakang calon menantunya yang dia anak yatim yang dibesarkan di rumah kebajikan. Mama risau tentang status dia yang sebenar.

Bermulalah dating antara Zahlia dan Syahran, sesi berkenalan sebelum berkahwin.

Sunday, April 8, 2012

Bicara Hati Ep 1


Barisan Pelakon: Sharnaz Ahmad, Chritina Suzane, Marsha, Josiah, Azizah Mahzan, Zarina Zainuddin, Zaidi Omar, Abby Nadzri, Mislina, Lash Mokhtar, Dazrin, Saliza.. Arahan Osman Ali

Mula dengan Tengku Syahran mengintip Linda di kota London, ternampak Linda curang dan membawa lelaki lain ke apartmentnya dengan aksi yang keterlaluan-mabuk dan berpelukan. 
Di rumah Tengku Syahran, dia memutuskan untuk tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Linda. Mamanya terkejut, perkahwinan perlu diteruskan demi persahabatan mamanya dengan Datin (ibu Linda). Syahran tidak setuju, lalu mamanya memberi kata dua, sama ada mencari pengganti Linda dalam tempoh satu bulan atau pun berkahwin dengan Linda.
Sementara itu di rumah Sinar Iram, sahabat baik Zahlia sejak kecil, Razif meluahkan perasaannya pada Zahlia, yang dia mencintai Zahlia dan ingin memperisterikan Zahlia. Tetapi Zahlia menolak, kerana dia menganggap Razif sebagai abang sahaja. Razif berdarah hidung, dan dibawa ke klinik/hospital. Di sana doktor mengatakan yang Razif menghidap kanser yang perlu dibedah dengan kadar segera.
Syahran pulak mengadu pada rakan baiknya, Adli tentang masalah dia tentang mencari calon menantu untuk mamanya, bagi mengelakkan berkahwin dengan Linda. Adli berjaya mencari bekas teman wanita Syahran sejak kecil, Marini, tapi penampilan Marini yang keterlaluan menyebabkan Syahran terkejut. (lawak pun ada) scene ni.

Doktor minta Zahlia datang ke hospital sebab Razif dah makin tenat. Doktor bagi result dan borang untuk pembedahan yang memerlukan sejumlah wang yang banyak. Zahlia dan Fatimah risau tengok semua dokumen untuk pembedahan. Zahlia cuba cari ikhtiar untuk dapatkan dana untuk pembedahan dari ibu angkatnya, tetapi malangnya tidak dia tidak dapat menolong.

Sementara itu, di rumah Syahran, mamanya mula membilang hari dah hampir sebulan. Syahran tertekan, Zahlia pula dapat panggilan dari hospital tentang pembedahan. Tup tup sampai simpang, Zahlia terlanggar Syahran.
"Kos nak baiki kete saya ni, sama dengan harga sebiji kete awak tau tak!"
"Awak boleh marah saya, tapi awak tak boleh hina saya tau!"
"Bak sini ic awak dan no telefon awak"
"Saya nak cepat ni, saya nak tengok sedara saya sakit tau tak"
"Awak doktor ke?"
'Saya nak tengok sedara saya sakit"
"Nama?"
"Tu ada dekat ic tu"

Rupa-rupanya dua-dua tak de insurans. Apa nak buat, si Yani sekretari Syahran tak renew roadtax Syahran.  Syahran simpan IC Zahlia. Balik rumah Syahran dok belek-belek ic Zahlia, dan Zahlia pulak cerita hal tu pada Fatimah, roomate dia. Fatimah syak Syahran dah jatuh hati pada Zahlia.


Syahran pulak contact Sinar Iram, nak pastikan yang betul Zahlia tinggal di Sinar Iram.  Dia call Zahlia, perlahannya suaranya nak bagitau duit yang terpaksa dibayar oleh Zahlia. Pening kepala Zahlia, asyik diganggu Syahran siang dan malam, Syahran sms Zahlia untuk bincang tentang keretanya.


"Awak tak payah bayar hutang saya balik, kalau awak pura-pura kahwin dengan saya"