Sunday, April 8, 2012

Bicara Hati Ep 1


Barisan Pelakon: Sharnaz Ahmad, Chritina Suzane, Marsha, Josiah, Azizah Mahzan, Zarina Zainuddin, Zaidi Omar, Abby Nadzri, Mislina, Lash Mokhtar, Dazrin, Saliza.. Arahan Osman Ali

Mula dengan Tengku Syahran mengintip Linda di kota London, ternampak Linda curang dan membawa lelaki lain ke apartmentnya dengan aksi yang keterlaluan-mabuk dan berpelukan. 
Di rumah Tengku Syahran, dia memutuskan untuk tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Linda. Mamanya terkejut, perkahwinan perlu diteruskan demi persahabatan mamanya dengan Datin (ibu Linda). Syahran tidak setuju, lalu mamanya memberi kata dua, sama ada mencari pengganti Linda dalam tempoh satu bulan atau pun berkahwin dengan Linda.
Sementara itu di rumah Sinar Iram, sahabat baik Zahlia sejak kecil, Razif meluahkan perasaannya pada Zahlia, yang dia mencintai Zahlia dan ingin memperisterikan Zahlia. Tetapi Zahlia menolak, kerana dia menganggap Razif sebagai abang sahaja. Razif berdarah hidung, dan dibawa ke klinik/hospital. Di sana doktor mengatakan yang Razif menghidap kanser yang perlu dibedah dengan kadar segera.
Syahran pulak mengadu pada rakan baiknya, Adli tentang masalah dia tentang mencari calon menantu untuk mamanya, bagi mengelakkan berkahwin dengan Linda. Adli berjaya mencari bekas teman wanita Syahran sejak kecil, Marini, tapi penampilan Marini yang keterlaluan menyebabkan Syahran terkejut. (lawak pun ada) scene ni.

Doktor minta Zahlia datang ke hospital sebab Razif dah makin tenat. Doktor bagi result dan borang untuk pembedahan yang memerlukan sejumlah wang yang banyak. Zahlia dan Fatimah risau tengok semua dokumen untuk pembedahan. Zahlia cuba cari ikhtiar untuk dapatkan dana untuk pembedahan dari ibu angkatnya, tetapi malangnya tidak dia tidak dapat menolong.

Sementara itu, di rumah Syahran, mamanya mula membilang hari dah hampir sebulan. Syahran tertekan, Zahlia pula dapat panggilan dari hospital tentang pembedahan. Tup tup sampai simpang, Zahlia terlanggar Syahran.
"Kos nak baiki kete saya ni, sama dengan harga sebiji kete awak tau tak!"
"Awak boleh marah saya, tapi awak tak boleh hina saya tau!"
"Bak sini ic awak dan no telefon awak"
"Saya nak cepat ni, saya nak tengok sedara saya sakit tau tak"
"Awak doktor ke?"
'Saya nak tengok sedara saya sakit"
"Nama?"
"Tu ada dekat ic tu"

Rupa-rupanya dua-dua tak de insurans. Apa nak buat, si Yani sekretari Syahran tak renew roadtax Syahran.  Syahran simpan IC Zahlia. Balik rumah Syahran dok belek-belek ic Zahlia, dan Zahlia pulak cerita hal tu pada Fatimah, roomate dia. Fatimah syak Syahran dah jatuh hati pada Zahlia.


Syahran pulak contact Sinar Iram, nak pastikan yang betul Zahlia tinggal di Sinar Iram.  Dia call Zahlia, perlahannya suaranya nak bagitau duit yang terpaksa dibayar oleh Zahlia. Pening kepala Zahlia, asyik diganggu Syahran siang dan malam, Syahran sms Zahlia untuk bincang tentang keretanya.


"Awak tak payah bayar hutang saya balik, kalau awak pura-pura kahwin dengan saya"

No comments:

Post a Comment