Sunday, April 15, 2012

Bicara Hati Ep 4

Lepas Linda mabuk teruk sangat, Faizal bawak dia pergi klinik, Linda marah pada doktor sebab mengatakan yang dia mengandung. "Doktor salah kan? saya akan saman doktor!" ugut Linda.

"Kita kan dah jadi suami isteri?" Syahran
"Kita dah banyak berkorban tau, awak buat majlis besar-besaran, Awal cakap kita boleh pindah, sampai sekarang kita tak pindah-pindah?" Zahlia
"Tolonglah jangan buat macam ni.. kita berpegang pada perjanjian.. kita ada perjanjian kan?" Zahlia

Syahran cuba menggoda Zahlia, tapi Zahlia jual mahal. Syahran cuba-cuba untuk menyentuh tetapi Zahlia menolak dan marah pada Tengku Syahran. Syahran terpaksa tidur di sofa. Walaupun begitu Zahlia tetap hormatkan suaminya, mengejutnya bangun untuk solat Subuh.
"awak tau tak, curi-curi pandang tu satu kesalahan tau tak.."
"Mana ada saya pandang awak, awak tu curi-curi pandang saya .."
Sementara menunggu sarapan, Zahlia berehat dibawah Gazebo, dan kebetulan abang Hakimi-abang kepada Syahran turut berada di situ untuk berenang di kolam renang berhadapan Gazebo. Hakimi sengaja berbasa-basi berbual dengan Zahlia. Rupa-rupanya Hakimi duda, mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 tahun. Sedang dia berbual-bual, T. Syahran terdengar dan mengintai dari atas biliknya. Terasa cemburu menyelinap di dadanya.

Sewaktu di meja makan, mereka sekeluarga makan sambil berbual-bual kosong melayan karenah anak kecil Hakimi yang sibuk bertanyakan keadaan papanya dan pakcik Syahran sewaktu kecil. Tiba-tiba, adik Syahran - Nana mencabar abangnya. 
"Abang ni tengok kakak macam baru sehari je kenal?" Nana
"Suka hati abanglah..."
"Takkan tengok aje kot?"
Syahran mendekati Zahlia, lalu mencium pipinya. -- eeewwwww---

Linda mula menghubungi T. Syahran, tetapi T. Syahran cuba mengelakkan darinya. Linda berjumpa dengan bekas teman lelakinya dan memaksanya bertanggungjawab dengan kandungan tetapi tidak berjaya.
"eh, Linda, kita jumpapun 6 bulan yang lalu, kalau betulpun tentu perut you dah besar!" sangkal bekas teman lelaki Linda. 
Sementara itu, mama pelawa Zahlia shopping. Syahran pun turut serta.
"Siapa yang telefon tu? Angkat la" - mama.
Linda yang call. Tapi nak mintak izin ambil barang2 dia dekat ofis Syahran. Sekretari yang ambilkan magazine dalam almari belakang tempat duduk Syahran ternampak kontrak perjanjian Syahran dan Zahlia.
Sementara itu, mama pula mencadangkan mereka berdua dapatkan anak lelaki secepat mungkin, walaupun Zahlia cuba mengelak dengan mengatakan dia sedang belajar PJJ twinning program dengan Universiti di Australia.
Zahlia pula dah tak sanggup lagi nak berlakon pura-pura menjadi isteri Syahran.

Sementara itu anak-anak di rumah Sinar Iram mula bertanya-tanya mencari Cikgu Zahlia. Tiba-tiba Zahlia pun sampai. bukan main gembiranya anak-anak Sinar Iram tu. Di pejabat Tengku Syahran, masing-masing mengucapkan tahniah pada T. Syahran atas pernikahannya. Di bilik, T. Syahran meluahkan perasaan pada kawan baiknya Adli. Perjanjian yang dibuat yang disaksikan Adli, mula memerangkap dirinya. Tetapi perasaannya masih terikat dengan cinta Nazirah, bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.


Adli mencadangkan supaya T.Syahran cuba memikat Zahlia, dan buat supaya Zahlia jatuh cinta pada T. Syahran.



Despite of their feelings deep inside...

"Bila kita nak pindah? ada tiga hari je lagi kita nak tamatkan perjanjian kita"

"Lama-lama perhubungan kita ni dah rasa macam..."
"menyiksa awak kan?"
"Bukan menyiksa Zahlia...tapi Zahlia, at the first place kita tak patut buat perjanjian tu..."
"Maksud awak ape ni?"
"Zahlia... lama-lama saya.... saya dah mula sayangkan awak Zahlia" T.Syahran dengan suara yang bergetar...





'






No comments:

Post a Comment