Friday, April 20, 2012

Bicara Hati Ep6

Razif datang jumpa Zahlia dan tuduh Zahlia tipu dia tentang perkahwinannya. Razif terlalu taksub dengan Zahlia. Sanggup keluar dari hospital untuk jumpa Zahlia, rupa-rupanya dapat tau yang Zahlia sudah menjadi isteri orang. Yang pelik tu tetiba je Razif dah sihat, siap boleh gerak-gerak tuduh-tuduh Zahlia. (bukan ke lepas operate orang tak leh gerak banyak ke)

Zahlia kejar Fatimah, nak salahkan Fatimah bocorkan rahsia. Fatimah cakap dia dah tak sanggup lagi simpan rahsia perkahwinan Zahlia. Walaubagaimanapun Fatimah tak bagitau Razif tentang perkahwinan kontrak Zahlia. Fatimah rasa tersiksa menyimpan rahsia. 
"Apa ruginya kalau Syahran tau kau dengan Razif? kau takut syahran cemburu? ok, apa ruginya kalau syahran tau Lia?" - Fatimah.

Syahran tak setuju dengan idea Zahlia untuk bercerai. Adli sarankan Syahran tetap dengan pendiriannya. Zahlia pulak mintak maaf dengan Fatimah sebab tuduh dia bocorkan rahsia.. Zahlia baru tersedar yang dia bertindak beku dengan Syahran.

"Kalau kau ragu-ragu, kau dah jatuh cinta dengan Zahlia, walaupun kau pura-pura cakap kau cintakan Zahlia, tapi ada dalam hati kau tu sikit perasaan" - Adli.


Fatimah harap Zahlia dapat mencintai Syahran. Zahlia pulak terserempak dengan Hazreen, sepupu Syahran di Sinar Iram. Hazreen cuba dapatkan anak angkat dari Sinar Iram, kak Shidah minta Hazreen bincang dengan suami. "Saya betul-betul tak sangka yang Syahran dapat lupakan Nazirah" - Hazreen.

Kak Shidah bagitau Zahlia, yang Razif cuba bunuh diri. Zahlia pujuk Razif dan cakap apa yang Razif nak, walaupun dia dah kahwin, dia cintakan Razif. Razif siap doa, nak Zahlia jadi isteri dia... (perghhh... x de pun dalam novel)

Zahlia berjaya selamatkan Razif dari cubaan membunuh diri dengan mengatakan yang dia cintakan Razif.

Dah selamat selesai semua, Sinar Iram buat majlis tahlil dan doa selamat. Zahlia balik lewat.

Syahran tegur. Syahran minta maaf dengan Zahlia.
"Doa selamat sampai lewat macam ni? doa selamat apa yang awak baca?" - Syahran
"Dah la Shah kita nak naik, kita dah letih. Esok nak bangun awal lagi.." - Zahlia
"Saya belum habis cakap lagi" - Syahran

"Zahlia... Zahlia... saya ada buat salah ke dengan awak?"
"Kalao saya ada buat salah dengan awak, saya minta maaf, tapi at least awak bagi tau apa salah saya" - Syahran.
"Tak de apa-apa la awak.."
"Mana boleh tak de apa-apa, selama ni awak ceria, kenapa tiba-tiba murung je?"
(so sweet.... kenapa la Zahlia ni keras hati macam kerikil sangat?)

Keesokkannya, pagi-pagi Zahlia dah berangkat keluar ke Sinar Iram

"Awak nak pergi mana pagi-pagi buta ni?" - Syahran
(kalau pagi buta, background Zahlia tu gelap sikit atau biru sikit...... takkan lah Syahran bangun dah siang2 buta? - !E#$Q@#$@%)

Dah kesiangan dah pun, dengan pyjama kejar Zahlia...

Zahlia pulak sampai kat Sinar Iram, Razif datang, bagi bunga, tanya pasal suami dia tak datang ke hantar dia, Suami aku sibuk kata Zahlia. Pastu Razif cakap, dia kena ada pembedahan lain selepas ni. Zahlia pergi bank, Linda ternampak. Dia ada kawan yang kerja kat bank tu, dan sibuk tanya pasal transaksi yang Zahlia baru buat. Razif pulak admitted sekali lagi kat hospital. Syahran follow.

Zahlia jumpa Razif kat wad, siap pegang-pegang tangan Razif (owwww..... tak setuju betul scene nih!!!!!)
Memang patutpun Syahran pukul dia!.





























No comments:

Post a Comment